Wednesday, May 3, 2017

AJAR BUAT BLOG KELAS 5 HASSAN AL-BASRI

BAGI PELAJARAN TMK YANG BERTAJUK MENGHASILKAN LAMAN BLOG.
NAMPAKNYA MURID-MURID KELAS 5 HASSAN BASRI BEGITU TERUJA DAN SERONOK UNTUK MENGAHSILKAN LAMAN BLOG DENGAN MEREKA PAPAN CERITA (STORY BOARD) MEREKA SENDIRI SECARA BERKUMPULAN.
SEMOGA ANAK MURID CIKGU BERJAYA MENGHASILKAN LAMAN BLOG MEREKA SENDIRI.

DI SINI CIKGU KONGSIKAN GAMBAR AKTIVITI KOKURIKULUM PPIM YANG TELAH MENYEDIAKAN MENU SARAPAN IAITU SANDWICH SARDIN BARU-BARU INI.

Sunday, December 30, 2012

HANTAR ANAK SULUNG BALIK ASRAMA HARI NI...31 DIS 2012. TAHUN DEPAN DIA DAH FORM 2...

Sunday, January 15, 2012

cara pantas update blog yg dh berbulan tak update....letak gmbr ank....ada masa nti nk upgrade blog plk...

Tuesday, May 31, 2011



(anak-anak lah pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan hidup ini)

Sabar boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah :

1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat

Beliau juga, dalam salah satu majlis, telah menerangkan bahawa sesungguhnya mereka yang menerima ujian pada zaman ini terbahagi kepada tiga golongan :

1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.

2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.

3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.


Berbalik kepada bahagian-bahagian kesabaran tadi, cuba kita lihat satu persatu. Kesabaran dalam melakukan ketaatan boleh kita lihat dalam mendidik jiwa untuk rajin dan tabah mengerjakan amal ibadat. Solat yang fardhu dan sunnah, sedekah yang fardhu dan sunnah, begitu juga puasa, haji, wirid harian, dan lain-lain amalan ketaatan kepada Allah baik yang khas mahupun yang am, memerlukan kesabaran dalam diri untuk melakukannya.

Namun begitu, bagi mereka yang telah sampai ke maqam Al-'Arif, segala ibadat tidak dirasakan melainkan perasaan yang lazat dan ketenangan. Al-Imam Al-Haddad ada menyebut: Sesiapa yang melazimi sifat sabar, akan sampai ke maqam Al-Qurb (hampir dgn Allah), dan di sana dia akan mendapati pada amal ibadatnya, kemanisan, kelazatan dan ketenangan yang tidak tergambar.

Betapa indahnya jika kita dapat merasai kemanisan begitu. Namun syaratnya seperti yang telah disebutkan oleh Al-Imam Al-Haddad adalah melazimi kesabaran. Pertamanya, sabar dalam istiqamah melakukan perkara yang wajib. Kemudian istiqamah dalam meningkatkan pula kualiti amalan kita itu dari sudut khusyuk dan sempurnanya. Seiringan itu kesabaran dalam beristiqamah melakukan perkara-perkara yang sunnah.

Bukankah di dalam hadis qudsi ada disebutkan bahawa tidak mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah dengan mengerjakan amalan sunnah, melainkan Allah akan menjadi Penunjuk kepada setiap langkah, perbuatan, pendegaran, penglihatan dan percakapannya. Apabila telah dekat diri kita dengan Allah, maka tentu sekali segala amalan tersebut menjadi kemanisan buat kita.

Cuba kita lihat. Apa jua yang ingin kita lakukan pada mulanya menuntut kesabaran. Si anak kecil, ketika mula-mula belajar makan, betapa sukar untuk memasukkan makanan ke dalam mulut. Selalu saja terbabas dari destinasi. Kadang terbabas ke dagu, kadang terbabas ke pipi, kadang ke hidung dan kadang sampai ke telinga. Namun berkat kesabaranlah kita semua mampu untuk makan dengan sempurna hari ini.

Begitu jua dengan amalan kita. Ambil contoh bacaan wirid selepas solat, ma'tsurat atau ratib-ratib yang ada. Kita perlukan kesabaran untuk terus membacanya dengan istiqamah. Berkat kesabaran kita, insyaAllah satu hari tanpa kita membacanya kita akan rasa kekosongan dan tidak sempurna hidup. Seperti sesorang yang berpisah dengan kekasih lagaknya. Nah, itu merupakan satu tanda kita telah mula menikmati kelazatan ibadat tersebut.

Ya Allah kurniakan kami kesabaran dalam mengerjakan amal ibadat mentaati-Mu! Amiin..

kena update blog.....!kt ipgkpm


pejam celik, pejam celik....dh last semmester aku ngaji kt melaka nii....
byk pengalaman dan ilmu yg dipelajari di sini....mcm2 adaaaa......