Friday, December 24, 2010

INFO KESIHATAN


KHASIAT OAT

Penyakit jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.

Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.

Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?

Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.

Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.

Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.

Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.

Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.

Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!

Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Sempena Hari Jantung Sedunia yang diperingati di seluruh dunia pada 24 September. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!

"ms kt mktb tempoh hari sy ada mencuba bersarapan dgn oat ni...tp kn cmpur ngan nestum 3 in 1, br rs bleh telan, klau kosong rs mcm terpaksa makan ja...so memang berbaloi...lebih2 lg senang nk membuang...selalunya sehari 1x ja...bila mkn oat ni kerap n senang ja...perut pn rs kempis sikit..."dpt inspirasi ni nk cuba oat ni dr seorg pensyarah mktb...memg betul apa yg dia kata.trm ksh cgu.


Friday, December 10, 2010

TSP SEM 5

AKTA HAK CIPTA

Pengertian dan konsep hak cipta ( penguatkuasaan hak cipta)

Penguatkuasaan

Antara ciri unik yang terdapat dalam Akta Hakcipta 1987 ialah kewujudan kuasa untuk menguatkuasakan Akta tersebut. Akta ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai polis boleh, dengan waran yang dikeluarkan oleh majistret, memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa untuk mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran hak cipta dan menggunakan kekerasan bagi menggeledah tempat itu.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_hak_cipta_Malaysia

7 AKTA YANG DIKUATKUASAKAN OLEH BAHAGIAN

PENGUATKUASA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM

NEGERI DAN HAL-EHWAL PENGGUNA

Objektif Bahagian Penguatkuasa

Menguatkuasakan undang-undang dan melindungi pengguna.

Akta-akta Yang Dikuatkuasakan

Penguatkuasa menguatkuasakan 7 Akta yang dengan aktiviti perdagangan:

  • Akta Kawalan Harga 1946
  • Akta Kawalan Bekalan 1961
  • Akta Timbang dan Sukat 1972
  • Akta Perihal Dagangan 1972
  • Akta Sewa Beli 1967
  • Akta Hakcipta 1987
  • Akta Jualan Langsung 1993

Penguatkuasaan akta-akta yang berkenaan adalah bertujuan untuk melindungi pengguna dan mewujudkan etika perdagangan yang baik dalam negara.

AKTA KAWALAN HARGA 1946

Akta ini dan perundangan-perundangan subsiadiri di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan harga barang- barang adalah berpatutan dalam sebarang keadaan dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli barang-barang.

AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan bekalan barang-barang perlu mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan dalam setiap keadaan.

AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mempastikan segala alat timbang dan sukat untuk kegunaan perdagangan mematuhi spesifikasi Yang ditetapkan dan di samping itu mempastikan bahawa alat-alat timbang dan sukat itu disahkan ketepatan timbangan dan sukatannya.

AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan melarang penggunaan perihal, pernyataan atau petunjuk palsu atau Yang mengelirukan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang.

AKTA SEWA BELI 1967

Akta ini dan perundangan-perunclangan subsidiari di iya adalah bertujuan untuk mengawalselia bentuk kandungan perjanjian serta menggariskan hak dan tangungjawab pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian sewa beli.

KTA HAKCIPTA 1987

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk memberi hakcipta kepada karya-karya dan melindungi hak-hak eksklusif tuanpunya hakcipta daripada dicabuli oleh pihak lain.

AKTA JUALAN LANGSUNG 1993

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mengawalselia aktivitiaktiviti jualan langsung pintu ke pintu dan melalui pos.

http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/akta.asp

Thursday, November 11, 2010

motivasi untuk diri kita!

Kelebihan Menuntut Ilmu

Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

Abu ad-Darda' r.a

Huraian

Pengajaran hadith:

i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.

ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.

SEKADAR BERKONGSI.

KHASIAT PEGAGA

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu. kegunaan: Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengambalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di Cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

oleh krn kt rmh tk ada halaman tanah,so try tnm dlm pasu yg agk besar,hasilnya memg memberangsangkan.tp kn lah tgk2 sm, jgn dibiarkan aja.cubalah!!!



Wednesday, October 27, 2010

sekadar berkongsi....

Khasiat Keseluruhan Pokok Mulberry
Mulberry merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih. Pokok mulberi lain yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika. Salah satu kegunaan bahagian pokok Mulberry, terutama daunnya adalah sebagai makanan utama ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban. Kuatkan sistem cerna dan serapan Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. Disebabkan banyak khasiatnya, maka jus Mulberry telah dihasilkan secara komersial sebagai makanan kesihatan dan amat popular di China, Jepun dan Korea. Bukan itu sahaja, buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juka mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja boleh juga mengambil jus mulberi bagi menambahkan cecair badan dan menguatkan penglihatan. Buah Mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki Daun Mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai unat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas. Akar pokok Mulberry boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit. Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Monday, June 7, 2010

APAKAH PPBK?

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Kita mungkin tidak sedari bahawa PPBK telah lama diperkenalkan, namun hanya segelintir tenaga pengajar mengaplikasikannya.
Sesungguhnya, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilaksanakan secara terancang dan akan menghasilkan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu.

Berdasarkan keberkesanan yang sedia diketahui maka, berikut ialah jenis atau teknik PPBK yang diadaptasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Tutorial
Berguna untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi dan Trollip, 1991) dan bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Pelajar boleh belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka jika tutorial dibangunkan dengan baik.

Tutorial turut digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990), pengukuhan dan penyelesaian masalah (Alessi & Trollip, 1985) serta untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks juga video dan audio yang mampu merangsang pelajar.

ii. Latih Tubi
Latih tubi dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan dilaksanakan secara kendiri. Pelajar diberi beberapa soalan manakala komputer akan memberi maklum balas berdasarkan jawapan mereka.

Alessi dan Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan yang sesuai secara pilihan rawak


iii. Permainan
PPBK yang semakin popular masa kini dengan mengguanakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.

Dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran (MacFarlane & Sparrowhawk, 2002).

iv. Simulasi
Didefinisi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. Pelajar berpeluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan sesuatu tindakan terhadap sesuatu sistem atau keadaan sebelum menghadapi sesuatu keadaan sebenar.

Pengunaan simulasi selepas sesuatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mungkin diperolehi semasa pembelajaran sebenar.

v. Tunjuk Cara
Berguna untuk menunjukkan kepada pelajar sesuatu prosedur. Pelajar boleh memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi melibatkan sesuatu proedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, berbahaya atau terlalu kompleks.

Penggunaan beberapa gambar bersiri, simulasi atau animasi boleh digunakan untuk kaedah ini. Perlakuan secara interaktif, latihan berulang kali sehingga mahir dan lebih yakin diberi kepada pelajar sebelum melaksanakannya sesuatu prosedur dalam keadaan sebenar.

vi. Ujian
Guru boleh mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan semerta. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar- salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK ini.

Pelajar akan mendapat maklum balas terhadap pencapaian mereka dengan serta merta dalam situasi terkawal. Pencapaian didiagnogsis untuk menilai pencapaian pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan mengesan kelemahan pelajar dan kenal pasti tindakan seterusnya dalam merangka pembelajaran yang sesuai untuk pemulihan.